fb fb fb fb fb

Pergolakan di Laukkaing, 127 rakyat Malaysia di lokasi selamat

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

SEPANG, 27 November- Seramai 129 rakyat Malaysia termasuk dua warga Indonesia dan Hong Kong yang terkandas di Laukkaing, Myanmar akan dibawa pulang ke tanah air.

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mendedahkan berdasarkan perancangan awal, kesemua mereka dijadual akan dibawa pulang pada 30 November.

Mereka terkandas di Laukkaing, susulan pergolakan yang berlaku di wilayah itu. Kebanyakannya dipercayai mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara.

"Walau bagaimanapun pihak Wisma Putra, yang dibuat wakill kita di Myanmar sedang berusaha untuk memastikan kesemua rakyat Malaysia 127 orang ini dapat kita keluarkan dan kita sedang menunggu arahan dari pihak berkuasa Myanmar untuk memberikan kebenaran keluar dan sekarang ini mereka berada di satu tempat yang selamat bagi usaha-usaha mengeluarkan rakyat Malaysia di sana nanti.

Selain kerjasama Myanmar, usaha membawa rakyat Malaysia keluar dari kawasan berkenaan turut memerlukan kerjasama pihak berkuasa China.

Malaysia menzahirkan ucapan terima kasih kepada kedua-dua negara yang memberi kerjasama baik.

Beliau berkata demikian dalam persidangan media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berhubung perkembangan terkini usaha membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di negara berkenaan.

ROSLINA BINTI DIN