fb fb fb fb fb

Perbadanan Tanah Bumiputera perlu ditubuh, rangka mekanisme tingkat pemilikan tanah

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap pada perasmian Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya

PUTRAJAYA, 29 Februari - Perbadanan Tanah Bumiputera perlu ditubuhkan bagi membolehkan pemilikan tanah bumiputera ditingkatkan dan dimanfaatkan pada masa hadapan.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata penubuhan perbadanan itu merupakan langkah proaktif untuk menjamin keseimbangan demografi kaum dan mewujudkan kelangsungan kawasan bumiputera untuk tujuaan pertanian, perindustrian dan penempatan baharu.

“Adalah disyorkan, semua tanah-tanah berstatus pajakan melebihi 50 ekar bagi kawasan pertanian ataupun plot-plot industri yang melebihi 20 ekar, apabila sampai tempoh tamat pajakan dan dipohon untuk penyambungan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini.

Ahmad Zahid optimis, usaha itu memberi pulangan dan peluang yang lebih besar kepada bumiputera untuk memiliki sebahagian daripada aset tanah negara.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN