fb fb fb fb fb

Perangi rasuah: Peranan media penting, tingkat kesedaran orang ramai

Tan Sri Azam Baki / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 16 Februari- Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki akan memastikan agensinya sentiasa terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan khususnya kepada pengetahuan masyarakat.

Justeru, peranan media amat penting dalam menyebarkan maklumat mengenai kes rasuah, salah guna kuasa, dan penyelewengan bagi memastikan usaha membanteras rasuah mendapat perhatian masyarakat, selain meningkatkan kesedaran orang ramai tentang bahaya rasuah.

"Keterbukaan ini amat penting di mana, kalau SPRM duduk di takuk lama, tidak mahu bercakap, tidak mengemas kini, dan sebagainya, maka masyarakat akan mempertikaikan bukan sahaja SPRM, tetapi juga usaha kerajaan dalam mencegah rasuah ini," katanya ketika menjadi tetamu dalam rancangan terbitan RTM di sini.

Beliau turut menekankan beberapa pendekatan proaktif dalam usaha menangani isu rasuah dan integriti di negara ini.

"Di sini, kami perlu menggiatkan daripada segi pendekatan kami.

"Pendekatan lama hendaklah dikurangkan, dan kita gunakan pendekatan baru dengan memanfaatkan digitalisasi dan peningkatan kemahiran (upskilling) pegawai saya serta pengetahuan pegawai kita.

"Di samping itu, kita juga mempromosikan kepada masyarakat daripada aspek pencegahan dan pendidikan. Ini adalah satu usaha yang berterusan," katanya lagi.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM