fb fb fb fb fb

Perak edar 11,000 bungkusan kuih raya kepada 'frontliner'

Saarani Mohamad (kiri) menyerahkan bungkusan kuih raya kepada ketua setiap jabatan di Ipoh

IPOH, 3 April- Sebanyak 11,000 bungkusan kuih raya diedarkan kepada pasukan badan beruniform di Perak sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan mereka menjaga keselamatan negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pemberian itu merupakan program tradisi kerajaan negeri menjelang Syawal.

"Biasanya memang kerajaan negeri menganjurkan program seperti ini iaitu program menyedia dan membungkus juadah hari raya untuk badan beruniform.

"(Sumbangann) bukan sahaja kepada pasukan keselamatan seperti polis, tentera tetapi juga kepada badan beruniform lain termasuk daripada Jabatan Kesihatan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bungkusan tersebut kepada ketua setiap jabatan di Bangunan Perak, Darul Ridzuan di sini.

Aktiviti pembungkusan bermula pagi tadi melibatkan penyertaan kira-kira 300 sukarelawan antaranya Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI); Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) dan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP).

SITI AISHAH MD ISA