fb fb fb fb fb

Penyelia kantin maut, kereta bertembung 4x4

BALING, 18 Oktober - Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di laluan bertentangan di Jalan Kampung Bukit Pak Kuning, Kuala Ketil, Kedah.

Ketua Polis Daerah Baling Supritendan Shamsudin Mamat berkata, akibat daripada pelanggaran itu kereta mangsa terputus dua.

Katanya dalam satu kenyataan mangsa Farah Nabihan Mohamad, 37 tahun penyelia kantin Sekolah Maktab Mahmud Baling maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala  

Mangsa disahkan maut di tempat kejadian dalam kejadian yang dilaporkan pukul 5.09 minit petang.

"Kereta mangsa dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan melintangi jalan.

"Manakala kenderaan pacuan empat roda  Yang dipandu pesara Propel  dari Kuala Ketil ke Parit Panjang tidak sempat mengelak  lalu melanggar bahagian hadapan sebelah kiri kereta mangsa.

"Akibat daripada pelanggaran terbabit , mangsa  tercampak ke sebelah kiri jalan," kata Shamsudin, di sini.

Pemandu dan penumpang kenderaan pacuan empat roda terbabit merupakan pasangan suami isteri berumur 57 dan 54 tahun hanya mengalami cedera ringan di bahagian dahi.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987.

(Akibat daripada pelanggaran itu kereta mangsa terputus dua)

Media Baharu