fb fb fb fb fb

Penubuhan SWAN, perkasa golongan wanita - Fadhlina

Fadhlina Sidek

PUTRAJAYA, 8 Mei- Penubuhan Sekolah Wanita atau SWAN yang diilhamkan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek adalah usaha memperkasakan golongan hawa dalam melahirkan pemimpin yang demokrasi membawa cabaran negara.

Fadhlina yang juga Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Pusat berkata untuk permulaan, seramai 100 wanita akan memulakan sesi pertama sekolah itu sebelum dibuka untuk penyertaan ramai.

"Mereka yang benar-benar berminat menguasai beberapa segmen atau dimensi keilmuan, seterusnya yang hendak kita latih persiapan menerajui negara.

"Jadi segmen-segmen 'consultant' atau pakar runding telah kita pilih, yang akan memberi sesi-sesi bersama sekolah ini," katanya selepas majlis pelancaran SWAN di sini.

Terdahulu, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah merasmikan majlis pelancaran sekolah itu.

Sekolah Wanita berada di bawah KEADILAN.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM