Penjaga gol rebah, meninggal dunia di padang ketika pertandingan sepak penalti

Orang ramai memberi bantuan kecemasan ketika individu terbabit rebah / Foto ihsan orang awam

SEREMBAN, 27 Julai – Seorang lelaki meninggal dunia selepas tiba-tiba rebah ketika menjadi penjaga gol dalam pertandingan sepakan penalti di Bandar Ekar Rantau, di sini, pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tiada unsur jenayah ditemui; pertandingan dianjurkan oleh sebuah parti politik.
  • Mangsa, 45, dipercayai meninggal di lokasi; mayat dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar untuk tindakan lanjut.
  • Mangsa mempunyai sejarah penyakit jantung dan sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohd Yatim Osman berkata, mangsa yang berusia 45 tahun dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 11.35 pagi.

“Siasatan awal mendapati mangsa rebah ketika menjadi penjaga gol dalam pertandingan sepakan penalti.

“Pemeriksaan di lokasi juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu. Pertandingan berkenaan dianjurkan oleh sebuah parti politik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, ketika kejadian, isteri mangsa turut berada di padang bagi memberi sokongan kepada suaminya.

Difahamkan, mangsa mempunyai sejarah penyakit jantung dan sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.