fb fb fb fb fb

Peniaga diminta tidak naikkan harga barang - Fuziah Salleh

Fuziah Salleh

KOTA BHARU, 5 Mei- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengingatkan semua peniaga supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan susulan pengumuman kerajaan berhubung kenaikan gaji penjawat awam.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, pemantauan berterusan akan dilakukan dengan terperinci oleh anggota penguatkuasa bagi memastikan tiada penyelewangan dalam kalangan peniaga.

Justeru, peniaga yang ingkar bakal berdepan tindakan tegas jika didapati bersalah.
 
"Kita akan teliti, pastikan bahawa tidak ada yang mengambil kesempatan dan mencatut, kalau (harga) tak munasabah memang kita akan keluarkan notis.

"Cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dulu pun kita buat benda yang sama, kita pantau setiap hari," katanya.

Beliau bercakap demikian kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri KPDN Kelantan yang turut dihadiri oleh Pengarah KPDN, Datuk Azman Ismail di sini.
 
Dalam isu berasingan, beliau memohon semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai pelaksanaan subsidi bersasar oleh kerajaan.
 
Menurut Fuziah, KPDN masih dalam fasa persediaan sebelum pelaksanaan subsidi bersasar.

"Kita memang ke arah penyasaran subsidi dan bagi pihak KPDN, kita sedang berusaha mengadakan mekanisma untuk menyiapkan diri apabila berlaku penyasaran subsidi tersebut.

"(Jadi) jangan mendahului kerajaan, tunggu pengumuman daripada kerajaan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN
Kenaikan gaji penjawat awam: Peniaga diminta tidak naikkan harga barang - Penganalisis Ekonomi
Kenaikan gaji: Keutamaan kepada penjawat awam peringkat lebih rendah
Anwar umum kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus mulai Disember ini

SITI AISHAH MD ISA