fb fb fb fb fb

Sekolah rekod suhu 37 darjah Celsius diarah tutup

Foto hiasan

TAIPING, 5 Mei- Sekolah yang mencatatkan bacaan suhu kekal 37 darjah Celsius untuk tiga hari berturut-turut akan ditutup berikutan cuaca panas yang melanda beberapa negeri ketika ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata, tindakan dilakukan sesuai dengan garis panduan yang ditetapkan.

Namun penutupan sesi persekolahan itu bergantung kepada situasi semasa dan kawasan terlibat.

"Sekiranya untuk tiga hari berturut-turut lebih daripada 37 darjah Celsius maka penutupan sekolah akan dilakukan.

"Jadi itu bergantung kepada situasi semasa mengikut kawasan. Apa pun pihak sekolah pihak Pejabat Pendidikan Daeerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri sedia maklum berkenaan garis panduan yang sedia ada dan garis panduan tersebut masih terpakai," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Sirkuit 'Allianz Junior Badminton Championship' di Wintel Sport di sini.

Pada masa sama Kementerian Pendidikan akan sentiasa memantau keadaan cuaca semasa dengan mendapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan dan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) demi kesihatan pelajar.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI