Pengukuhan kerjasama strategik KUSKOP – IPT, lahir lebih ramai usahawan muda

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamad Alamin/Foto FB UMS

KOTA KINABALU, 10 Mei – Kerjasama strategik antara Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), bersama Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terus diperkukuh bagi melahirkan lebih ramai usahawan muda berdaya saing.

RINGKASAN BERITA AI
  • Program Bicara Siswa Keusahawanan dan Koperasi UMS memberi pendedahan awal kepada mahasiswa tentang dunia keusahawanan dan koperasi.
  • IPT bukan hanya melahirkan graduan cemerlang akademik tetapi juga pencipta peluang pekerjaan, kata Timbalan Menteri.
  • Program yang disertai 150 mahasiswa memperkenalkan pembiayaan, geran dan program bimbingan keusahawanan.

Program Bicara Siswa Keusahawanan dan Koperasi di Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjadi antara platform pendedahan awal kepada mahasiswa mengenai dunia keusahawanan dan koperasi.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamad Alamin berkata, institusi pengajian tinggi bukan sahaja melahirkan graduan cemerlang akademik, tetapi juga pencipta peluang pekerjaan.

Beliau ditemui media selepas merasmikan Program Bicara Siswa Keusahawanan dan Koperasi di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu.

Program yang disertai 150 mahasiswa UMS tersebut turut memperkenalkan pelbagai inisiatif, termasuk pembiayaan, geran dan program bimbingan keusahawanan.