
KUALA LUMPUR, 10 Mei -Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan, dijangka melanda Kuala Lumpur, Putrajaya serta lapan negeri hingga 9.00 malam ini.
- MetMalaysia ramal cuaca buruk meliputi seluruh Perlis dan kebanyakan kawasan Kedah seperti Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar dan Baling.
- Keadaan sama dijangka di keseluruhan Perak, Selangor dan Pahang, termasuk Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh dan Rompin.
- Amaran juga dikeluarkan untuk Johor, kawasan Sarawak seperti Kuching, Serian, Samarahan, Sibu, Miri dan untuk beberapa kawasan Sabah.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan cuaca buruk itu dijangka berlaku di seluruh Perlis dan kebanyakan kawasan di Kedah, iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling.
Keadaan cuaca yang sama dijangka melanda keseluruhan Perak, Selangor dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh dan Rompin).
“Selain itu, amaran sama turut dikeluarkan bagi Johor (Segamat, Kluang dan Mersing) dan Sarawak melibatkan kawasan Kuching (Bau dan Kuching), Serian (Tebedu), Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong (Saratok), Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit, Bintulu, Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang,” menurut MetMalaysia dalam satu kenyataan.
Sementara itu, di Sabah kawasan terlibat ialah Pedalaman (Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau dan Sandakan (Tongod).