fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Kedah berkurangan

foto arkib

KUALA LUMPUR, 2 Oktober - Jumlah penduduk terjejas banjir di Kedah berkurangan kepada 502 orang daripada 172 keluarga setakat 10.00 pagi, berbanding 840 orang daripada 268 keluarga, malam tadi.

Menurut kemas kini Info Bencana JKM, kesemua penduduk ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah.

Daerah Baling merekodkan jumlah penduduk terjejas tertinggi iaitu 254 orang daripada 93 keluarga di lima PPS.

Diikuti Kota Setar (208 orang, 64 keluarga) dan Pokok Sena (40 orang, 15 keluarga).

Sementara itu, laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan paras air di tiga sungai menunjukkan trend peningkatan.

Sungai Anak Bukit di Taman Aman, dan Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR melepasi paras amaran, manakala Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, berada pada tahap waspada.

Di Perak, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, jumlah penduduk terjejas di daerah Kampar kekal 16 orang daripada lima keluarga.

Mereka masih ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Dato Azman Mahalan.

Selain itu, JPS turut memaklumkan bahawa paras air Sungai Perak di Kuala Kenderong, Hulu Perak kekal pada tahap bahaya dengan bacaan paras air setinggi 113.78 meter.

Di Selangor, sebuah PPS dibuka di daerah Hulu Langat hari ini menempatkan lapan orang daripada empat keluarga.

Trainee