fb fb fb fb fb

Penduduk Seberang Perai gembira dapat bertemu Anwar

SEBERANG PERAI, 30 Jun- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai kira-kira 700 jemaah di Masjid Jamek An-Nur Guar Perahu, Kubang Semang, dekat Seberang Perai bagi menunaikan solat Jumaat tengah hari tadi.

Selepas solat jumaat, Anwar meluangkan masa beramah mesra dengan jemaah sebelum ke program seterusnya di Permatang Pauh.

Menurut Anwar, beliau gembira pulang ke Permatang Pauh kerana ramai yang menganggap beliau seperti ahli keluarga sendiri.

"Sambutan di Permatang Pauh agar luar biasa dan suasana kekeluargaan itu ramai. Saya sebenarnya mempunyai waktu singkat hari ini, jadi saya balik ucap terima kasih dan bermesra dengan mereka dalam cara santai," katanya kepada pemberita di sini.

Penduduk Permatang Pauh, Mohd. Najib Abdul Hamid berkata beliau gembira kerana dapat menemui pemimpin nombor satu negara itu.

"Saya berasa bangga dengan kehadiran perdana menteri kita ini. Penduduk kampung berasa teruja dengan kedatangan perdana menteri di kampung ini," katanya.

Seorang lagi penduduk Permatang Pauh, Baharuddin Abdullah berkata beliau berasa bangga dan teruja selepas dapat berjumpa secara bersemuka dengan Anwar.

"Kami berasa bangga kerana anak jati di sini, anak kawasan Tok Kun balik. Ibarat bagai sirih pulang ke gagang," katanya.

Penduduk Permatang Pauh, Abdul Wahid Hassan pula berkata beliau gembira kerana dapat solat Jumaat bersama-sama dengan Anwar tengah hari tadi.

"Kita ucapkan ribuan terima kasih kepada perdana menteri kerana sudi datang dan menunaikan solat Jumaat bersama-sama rakyat di sini," katanya.


(Menurut Anwar, beliau gembira pulang ke Permatang Pauh kerana ramai
yang menganggap beliau seperti ahli keluarga sendiri)

Media Baharu