fb fb fb fb fb

Pendigitalan operasi pastikan pengurusan Tabung Haji lebih efisien

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berucap pada Majlis Doa Selamat Penutup Operasi Haji dan Penghargaan Rakan Korporat Tabung Haji Musim Haji 1446H/2025M di Menara Tabung Haji / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 18 September- Pendigitalan operasi haji akan menjadi fokus utama Tabung Haji bagi memastikan pengurusan musim haji 1447H/2026 berjalan lebih lancar dan efisien.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, kerjasama erat bersama Kerajaan Arab Saudi akan terus diperkukuh untuk memanfaatkan kelebihan teknologi digital.

“Untuk warga kerja Tabung Haji dan pengurusan Tabung Haji, fokus pada inovasi amat penting.

Dengan adanya inovasi baharu, kita pastikan perjalanan pengurusan haji akan berjalan dengan baik,” katanya.

Beliau ditemui selepas Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji Musim 1446H dan Penghargaan Sahabat Korporat 2025 di sini, hari ini.

Menurut Datuk Dr Mohd Na’im, program Sahabat Korporat Tabung Haji merekodkan peningkatan sumbangan sebanyak 48 peratus pada musim haji 1446H, berjumlah lebih RM7 juta.

Jelasnya, kejayaan operasi haji kali ini adalah hasil perancangan rapi serta kerjasama strategik pelbagai pihak di Malaysia dan Arab Saudi.

Malaysia turut menerima Labaytum Diamond Award, pengiktirafan tertinggi daripada Kerajaan Arab Saudi dalam pengurusan haji.

FARIS IZZAT SHAHARUDIN