fb fb fb fb fb

Pencemaran bau, NRES tunggu laporan lengkap

Nik Nazmi Nik Ahmad / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 10 September – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) masih belum menerima laporan lengkap mengenai insiden pencemaran bau di Johor.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata tindakan tegas termasuk perundangan akan diambil sekiranya terdapat unsur jenayah dalam kejadian tersebut.

“Kami sedang menerima laporan terbaharu daripada pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan akan menentukan tindakan susulan, termasuk tindakan perundangan jika perlu. Saya akan memaklumkan setelah laporan lengkap diterima,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar Serantau Mengenai Keadilan Iklim, di sini.

Terdahulu, tiga sekolah di Johor Bahru melaksanakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) hari ini akibat pencemaran bau tersebut.

 

BERITA BERKAITAN:

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN