fb fb fb fb fb

Pencemaran bau, KKM terima 143 kes gejala ringan

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad / Foto RTM

SUNGAI BULOH, 10 September – Sebanyak 143 kes gejala ringan seperti loya dan pening dilaporkan akibat insiden pencemaran bau di Johor Bahru.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata daripada jumlah tersebut, 139 kes telah dirawat sebagai pesakit luar, manakala empat individu termasuk seorang wanita mengandung menerima rawatan di fasiliti kesihatan.

Katanya, kesemua mangsa kini telah dibenarkan pulang.

"Pencemaran mungkin disebabkan oleh ammonia atau Sebatian Organik Meruap (VOC). Tugas mengenal pasti bahan pencemar adalah di bawah Jabatan Alam Sekitar (JAS).

"Kami akan bertindak sejurus mangsa datang ke fasiliti kesihatan dan bersedia bekerjasama dengan JAS dalam menangani situasi ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Institut Latihan KKM Sungai Buloh, di sini.

 

BERITA BERKAITAN:

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN