fb fb fb fb fb

RTM siar tiga telemovie khas Maulidur Rasul

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 10 September - Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan tiga telemovie khas sempena Maulidur Rasul di TV1 dan saluran TV Okey.

RTM dalam satu kenyataan berkata, tiga telemovie khas itu ialah 'Hidup Dan Matiku', Nur Muhammad' dan 'Lafaz Terindah'.

"Telemovie Hidup Dan Matiku akan disiarkan pada 14 September di TV1 pukul 1.30 tengahari, 'Nur Muhammad' pada 15 September pukul 10.00 malam di saluran TV Okey dan 'Lafaz Terindah' pada 16 September pukul 11.15 pagi di TV1," menurut kenyataan itu.

Dalam telemovie khas itu akan menampilkan barisan pelakon handal seperti Mustapha Kamal, Aida Khalida, Adam Corrie Lee Abdullah, Catriona Ross, Zahiril Adzim dan Nadiya Nisaa.

Dalam pada itu, RTM memaklumkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2024M akan disiarkan secara langsung pada 16 September ini, bermula pukul 9.00 pagi dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Majlis sambutan bertemakan 'Al-Falah Pemacu Malaysia Madani' itu akan disiarkan menerusi saluran TV1 dan penstriman langsung di RTMKlik.

TETITIA YUSOFF