fb fb fb fb fb

KKM teliti isu dekriminalisasi Akta Dadah Berbahaya

Lukanisman bercakap kepada media selepas merasmikan persidangan International Society of Addiction Medicine (ISAM) di Pusat Dagangan Dunia (WTC)

KUALA LUMPUR, 10 September - Sesi libat urus mengenai isu dekriminalisasi di bawah Akta Dadah Berbahaya akan terus diteliti Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dekriminalisasi merupakan penghapusan hukuman jenayah kerana memiliki dan menggunakan dadah dengan kuantiti kecil bagi kegunaan peribadi.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang berkata, dekriminalisasi merupakan antara usaha bagi mengurangkan kesesakan peratusan yang tinggi dalam penjara.

"Ia berasaskan bukti bahawa 67 peratus penagih dadah ketika ni ada di dalam penjara kita dan ini merupakan salah satu beban. Adalah baik sekiranya kita dapat mengeluarkan penagihan dadah ini dan diberikan rawatan secara saintifik," katanya selepas merasmikan persidangan International Society of Addiction Medicine (ISAM) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di ibu negara.

Trainee2