fb fb fb fb fb

Dua lelaki ditahan disyaki terlibat pencemaran kimia

ACP Raub Selamat / Foto Fail Bernama

JOHOR BAHRU, 10 September - Polis Johor menahan dua lelaki berusia 23 dan 28 tahun di sebuah pangsapuri di sini pada Isnin dipercayai terlibat dalam kes pencemaran bau kimia di sekitar daerah tersebut.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Raub Selamat berkata kedua-dua suspek yang ditahan bekerja sebagai pemandu dan kelindan lori.

"Siasatan awal mendapati mereka turut disyaki terlibat dalam insiden pencemaran bau kimia di Kota Tinggi. Suspek kini direman sehingga 16 September untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 430 Kanun Keseksaan," katanya menerusi kenyataan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323.

 

BERITA BERKAITAN:

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN