fb fb fb fb fb

Pencemaran bau: PDRM diarah tubuh jawatankuasa khas - MB Johor

FOTO FACEBOOK Onn Hafiz Ghazi

JOHOR BAHRU, 9 September- Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan diarah menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani isu pencemaran bau di beberapa kawasan sekitar Johor Bahru sejak minggu lalu.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berharap insiden tersebut dapat diselesaikan segera dan tindakan tegas diambil terhadap pihak tidak bertanggungjawab.

Beliau memaklumkan tinjauannya di lokasi mendapati pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) telah menjalankan siasatan terperinci, dengan sampel menunjukkan bahan kimia berbahaya mencemari sungai serta udara.

Hari ini Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya di sini diarah tutup sementara akibat pencemaran tersebut.

SITI AISHAH MD ISA