fb fb fb fb fb

Love Scam: Wanita rugi RM1.75 juta

Azizi bercakap kepada media selepas menghadiri Townhall berhubung Pencegahan Jenayah Scammer dan Trend Jenayah Semasa di Teluk Intan

TELUK INTAN, 10 September - Seorang wanita kerugian RM1.75 juta selepas terpedaya dengan penipuan ‘Love Scam’ daripada seorang lelaki yang menyamar sebagai ahli geologi.

Menurut Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berdasarkan laporan, mangsa yang berusia 58 tahun mula mengenali suspek sejak Julai lalu.

Sepanjang tempoh perkenalan, mangsa telah melakukan lapan transaksi wang ke akaun berbeza berjumlah RM1.75 juta.

"Modus operandinya adalah melalui aplikasi WhatsApp sehingga mangsa mengalami kerugian. Pengadu merupakan seorang wanita berbangsa Cina dan dia terpedaya dengan Love Scam oleh warga asing", katanya selepas menghadiri Townhall berhubung Pencegahan Jenayah Scammer dan Trend Jenayah Semasa di Teluk Intan.

Azizi menegaskan jenayah penipuan dalam talian sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan.

Justeru beliau mengingatkan masyarakat untuk sentiasa lengkapkan diri dengan ilmu keselamatan siber dan sentiasa berwaspada ketika menggunakan internet.

Trainee2