fb fb fb fb fb

Penangguhan tarif AS: Malaysia tetap perlu bersedia sebarang kemungkinan

Foto REUTERS

KUALA LUMPUR, 10 April- Keputusan penangguhan tarif Amerika Syarikat (AS) memberi sedikit kelegaan, namun negara tetap perlu bersedia menghadapi impak besar yang mungkin menyusul.

Perkara itu dimaklumkan Pensyarah Kanan Perniagaan Antarabangsa dan Keusahawanan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Hamizah Abd Hamid.

"Apa yang boleh buat sekarang sebagai pengguna, syarikat dan kerajaan ialah mempersiapkan diri kita, sebab barang akan mahal.

"Daripada segi syarikat-syarikat dan perniagaan, kos akan tinggi dan mungkin demand (permintaan) daripada beberapa negara akan menurun.

"Syarikat- syarikat boleh meningkatkan dan mempelbagaikan perniagaan mereka, meningkatkan kecekapan mereka meningkatkan kualiti produk, meningkatkan kualiti bahan mentah dan sebagainya dan mengurangkan kebergantungan kepada AS" katanya.

Katanya ketika menjadi tetamu dalam rancangan terbitan RTM di sini.

BERITA BERKAITAN:

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM