(Foto BERNAMA)
KUALA LUMPUR, 10 Oktober- Peruntukan yang dimohon Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dalam Belanjawan 2024 antara lain akan memfokuskan pemerkasaan rangkaian 5G negara.
Menterinya, Fahmi Fadzil berkata lebih banyak Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dapat memanfaatkan teknologi itu sekiranya peruntukan berkenaan diluluskan.
"Salah satu aspek yang penting ialah pelaksanaan 5G serta penerimaan dan penggunaan 5G oleh industri. Jadi saya harap ini salah satu daripada perkara yang dalam pertimbangan yang kita pohon dapat diuruskan supaya lebih banyak syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME), PMKS yang dapat memanfaatkan teknologi 5G," katanya kepada pemberita selepas Sesi Town Hall Bersama Penerbit Rancangan Televisyen di Angkasapuri Kota Media di sini.
Menurut Fahmi, penggunaan rangkaian 5G setakat 30 September lepas telah mencecah 70.2 peratus kawasan berpenduduk.
Sesi town hall itu dianjurkan Jabatan Penyiaran (RTM) sebagai platform untuk memahami cabaran dan isu industri penerbitan program televisyen tempatan.

(Foto BERNAMA)