fb fb fb fb fb

Pembinaan rumah generasi kedua Felda di Perak, polisi baharu perlu diwujudkan

(FOTO HIASAN)

IPOH, 28 Ogos - Satu pertemuan bersama Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) akan diadakan bagi membincangkan Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1967 yang perlu disemak semula untuk pembinaan rumah generasi kedua Felda di Perak.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata satu polisi baharu perlu diwujudkan melibatkan kerjasama dan persefahaman antara kerajaan negeri, Felda dan JKPTG bagi menyelesaikan isu tersebut.

(Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad)

"Kita kena selesaikan GSA ini, kena batalkan GSA, lepas batalkan GSA kena dirungkaikan geran berangkai itu antara tapak rumah dengan kebun, perbincangan tadi supaya dibenarkan anak-anak membina rumah sebenarnya.

"Tanah tapak rumah itu mencukupi untuk bina satu, dua buah lagi kerana ada peraturan dalam GSA itu tidak membenarkannya maka kita kena rungkai itu dahulu," katanya kepada pemberita pada Program Mesra Bersama Peneroka Felda Negeri Perak, di sini.

Jelas Saarani, antara punca permasalahan isu tersebut kerana semua kawasan Felda adalah di bawah GSA yang mempunyai geran berangkai antara tapak rumah dan kebun.

Media Baharu