fb fb fb fb fb

Pembangunan PPRT, KKDW terima peruntukan RM460.2 juta

(Foto FB Anwar Ibrahim)

DUNGUN, 28 Julai- Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menerima peruntukan sebanyak RM460.2 juta bagi membiayai Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), tahun ini.

Ia melibatkan 15,272 unit rumah PPRT di Terengganu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata daripada jumlah itu sebanyak RM244.4 juta diperuntukkan bagi membina 3,030 unit rumah baharu.

Manakala, 12,242 rumah dibaik pulih, yang membabitkan perbelanjaan RM215.8 juta.

"Bahagian prasarana Program Ameniti Sosial, RM500,000 tambahan untuk Kelantan dan Terengganu.

"Untuk Ketengah saya ucap tahniah kepada menteri, KSU dan pegawai kerana memastikan inisiatif tambahan program peningkatan pendapatan, program perumahan rakyat termiskin, program latihan kemahiran dan kerjaya yang tentunya memberi manfaat kepada anak-anak muda," katanya.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/Foto FB Anwar Ibrahim)

Beliau berucap demikian pada Majlis Perasmian Sentuhan Kasih Desa Terengganu di Kompleks Sukan Ketengah Bandar Al Muktafi Billah Shah, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KKDW, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Datuk Seri Ahmad Said.

Dalam pada itu, Anwar berkata peruntukan PPRT bagi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) adalah sebanyak RM2.16 juta, membabitkan 76 buah rumah, merangkumi 20 bina baharu (RM1.32 juta) dan 56 rumah dibaik pulih (RM840,000).

Tahun ini juga, KKDW turut menerima peruntukan di bawah Program Peningkatan Pendapatan (PPP) sebanyak RM12 juta, membabitkan bantuan Program Peningkatan Pendapatan (PPP)-Individu dan PPP-Mentor Mentee.

Seramai 84 individu dijangka menerima manfaat itu di Terengganu dengan RM797,250 disalurkan kepada agensi pelaksana (Ketengah, Felcra Trainig and Consultancy (FTC) dan Giatmara manakala bantuan PPP diterima 30
peserta Ketengah berjumlah RM252,000.

Media Baharu