fb fb fb fb fb

Pekerja ladang tuntut kerajaan negeri selesaikan isu perumahan empat generasi

Foto RTM

SEREMBAN, 20 Februari - Sekumpulan pekerja ladang di Negeri Sembilan berkumpul di hadapan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan bagi menuntut penggubalan undang-undang untuk menyelesaikan isu perumahan empat generasi pekerja ladang di negeri itu.

Menurut Kordinator Negeri Sembilan Jaringan Sokongan Masyarakat Ladang (JSML), R. Vijayagandhi ia bertujuan bagi menyelesaikan isu perumahan masyarakat pekerja ladang dengan mewujudkan satu akta khas bagi melindungi kebajikan mereka.

"Jawatankuasa masyarakat ladang sudah membuat satu draf undang-undang menerusi peguam SUHAKAM.

"Jadi, hari ini kita serahkan draf berkenaan kepada kerajaan negeri kerana tanah berkenaan di bawah kerajaan negeri. Menteri Besar perlu campur tangan berkaitan hal ini", katanya pada pada sidang media Penyerahan Memorandum dan Draf Akta Skim Perumahan Pekerja Ladang di hadapan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, di sini.

Memorandum yang diserahkan kepada Setiausaha Politik Menteri Besar Negeri Sembilan, Nor Azman Mohamad.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD