fb fb fb fb fb

Pasukan Khas Jihad Menangani Inflasi proaktif tangani isu bekalan ayam, harga makanan

PUTRAJAYA, 7 Julai- Pasukan Khas Jihad Menangani Inflasi terus proaktif dengan pelbagai inisiatif bagi menangani isu bekalan ayam dan harga makanan sekali gus memastikan bekalan ayam negara kekal terjamin.

Menurut Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa, setakat ini semua semakan telah dibuat oleh pasukan penguat kuasa bagi memastikan harga dan bekalan ayam stabil serta dijual kurang daripada harga syiling.

"Kita akan terus memastikan bekalan ayam di stabilkan dan cukup serta proses untuk menyampaikan bantuan subsidi yang sedang dilaksanakan ini dapat dijalankan dengan berkesan", katanya dalam sidang media Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, di sini.


(Pengerusi Pasukan Khas Jihad Menangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa)

Tambah beliau bagi memastikan bekalan ayam berjaya distabilkan, kerajaan turut menambah pusat penyembelihan dan loji pemprosesan di luar negara yang sebelum ini terhad di negara Thailand dan China.

Keseluruhan ekosistem pengeluaran ayam juga turut diteliti dan pemantauan dibuat secara berterusan untuk memastikan sistem bekalan ayam negara terkawal.

Dalam pada itu kerajaan turut meluluskan pemberian subsidi yang memperuntukkan sebanyak RM1.1 bilion kepada penternak sejak 5 Februari lalu bagi menampung kos kenaikan kos input pengeluaran ayam.

Sebelum ini kerajaan telah menetapkan harga syiling runcit ayam standard sebanyak RM9.40 sekilogram di semenajung bermula 1 Julai lalu.

Manakala harga ayam di ladang ditetapkan pada RM6.00 sekilogram dan harga ayam di pihak pemborong pada RM8.10 sekilogram.

Media Baharu