fb fb fb fb fb

Pastikan rumah selamat sebelum pulang menyambut Aidilfitri

Wan Md Razali Wan Ismail

DENGKIL, 4 April- Masyarakat diingatkan untuk meningkatkan aspek keselamatan pencegahan kebakaran di kediaman sebelum pulang ke kampung halaman bagi menyambut perayaan Aidilfitri.

Perkara itu termasuk memastikan peralatan elektrik dimatikan serta memaklumkan kepada jiran dan pihak berkuasa berhampiran sepanjang tempoh ketiadaan di rumah.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata, langkah itu bagi memastikan kediaman ditinggalkan dalam keadaan selamat selain mengelak daripada sebarang kerugian harta benda.

"Kita nasihatkan orang awam yang meninggalkan kediaman supaya ambil langkah perlu supaya rumah yang ditinggalkan dalam keadaan selamat. Contohnya memberitahu jiran, memberitahu polis berhampiran dalam tempoh ketiadaan penghuni rumah.

"Maknanya ruamh yang ditinggalkan itu dalam pengetahuan pihak jiran dan pihak polis sendiri supaya jika berlaku kes-kes kecemasan terutama kes kebakaran rumah, orang ramai dan jiran boleh membuat panggilan lebih cepat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kesiapsiagaan Musim Perayaan Aidilfitri Ops Siaga Peringkat JBPM Selangor di sini.

Pada majis tersebut JBPM Selangor turut memberikan alat pemadam api secara percuma kepada pengguna lebuhraya khususnya pemandu kenderaan berat.

Ia bagi memastikan setiap pemilik kenderaan mempunyai sekurang-kurangnya satu alat pemadam api dalam kenderaan masing-masing sebagai persediaan awal sekiranya berlaku kebakaran.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI