fb fb fb fb fb

Pasang alat keselamatan berkualiti, cegah kediaman dipecah masuk

AYER KEROH, 27 April- 'Pasang kunci mangga dan kamera litar tertutup (CCTV) yang berkualiti bagi mengelak kediaman di pecah masuk'.

Demikian saranan Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah, kepada orang ramai yang ingin meninggalkan kediaman masing-masing untuk pulang ke kampung sempena perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Beliau berkata, berdasarkan kejadian pecah rumah yang pernah berlaku sebelum ini, ia terjadi antaranya disebabkan oleh alat keselamatan yang digunakan tidak berkualiti.

"Disarankan supaya masyarakat mendapatkan nasihat polis sebelum memasang CCTV, dari sudut mana yang sesuai, bagi memastikan alat itu akan berfungsi membantu polis jika sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Kalau boleh pasang CCTV yang beresolusi tinggi supaya ia dapat merakam gambar dengan terang dan jelas kerana kadang-kadang polis tak dapat nak kenal pasti dan tangkap suspek sebab CCTV gambar tak jelas," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Op Selamat 18 Hari Raya di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah di sini.

(Datuk Zainol Samah, Ketua Polis Melaka)

Tambah beliau, selain kawasan panas yang sering berlaku kes pecah rumah, pihaknya juga akan memperluas rondaan ke kawasan-kawasan terpencil khususnya di institusi kewangan.

Media Baharu