Parlimen kini di bawah Majlis Perkhidmatan Parlimen

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 16 Oktober – Parlimen Malaysia kini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Majlis Perkhidmatan Parlimen susulan penguatkuasaan majlis itu, sekali gus menamatkan bidang kuasa pihak eksekutif terhadap institusi berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri memaklumkan Jemaah Menteri mengenai perkembangan itu.
  • Perkembangan itu memenuhi salah satu janji reformasi institusi.
  • Langkah penting bagi memperkukuh demokrasi negara.
  • Beberapa perkara perlu diteliti sepanjang tempoh peralihan, Jemaah Menteri akan terus membantu jika perlu.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri kepada Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada Jumaat.

“Perkembangan itu memenuhi salah satu janji reformasi institusi, selain menjadi langkah penting dalam memperkukuh demokrasi di negara ini,” beliau berkata demikian dalam sidang media mingguan pasca mesyuarat Jemaah Menteri, di sini.

Bagaimanapun, katanya, terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti sepanjang tempoh peralihan dan Jemaah Menteri akan terus membantu sekiranya terdapat perkara yang perlu diuruskan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.