fb fb fb fb fb

Parlimen bertafakur seminit, kenang tragedi Batang Kali

(Semua yang berada dalam Dewan Rakyat diminta berdiri dan bertafakur selama seminit)

KUALA LUMPUR, 19 Disember- Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan
Fathers' Organic Farm, Gohtong Jaya.

Sebelum sesi mengangkat sumpah wakil rakyat, Datuk Johari meminta semua yang berada dalam Dewan Rakyat untuk bertafakur selama seminit.

"Saya juga ingin menyatakan kesedihan dengan insiden terjadi tanah runtuh di Batang Kali Selangor yang mengorbankan nyawa. Dengan demikian saya menzahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa yang terlibat.

"Saya berharap agar keluarga mangsa kekal tabah dan cekal dengan dugaan ini. Saya bagi pihak ahli-ahli dewan dan pihak parlimen sesungguhnya merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telribat dalam kerja-kerja mencari dan menyelamat terutamanya keselamatan, agensi penyelamat, dan perubatan,"katanya.

Insiden tanah runtuh yang berlaku Jumaat lalu itu, setakat ini mencatatkan 24 mangsa korban.


(Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul)

Media Baharu