fb fb fb fb fb

Pandangan, harapan usahawan PKS panduan MOF rangka Belanjawan 2023 lebih holistik

KUALA LUMPUR, 4 Ogos- Pandangan dan harapan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan akibat pandemik COVID-19 lalu, akan menjadi salah satu panduan Kementerian Kewangan (MOF) dalam merangka Belanjawan 2023 yang lebih holistik.

Demikian menurut Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Mohd Shahar Abdullah.

"Sudah pastinya Bajet 2023 ini amat penting untuk melonjak kembali syarikat-syarikat ini sekurang-kurangnya mereka dapat mencapai prestasi keuntungan atau prestasi kemajuan sebelum pandemik berlaku.

"Kita nak turun, nak mendengar apa sebenarnya yang mereka mahukan kerana kita tidak boleh lagi melihat laporan-laporan yang kosmetik, yang mungkin cantik di Putrajaya tetapi tidak cantik di lapangan," katanya.

(Datuk Mohd Shahar Abdullah)

Beliau ditemui pada sesi libat urus Pemerkasaan Keusahawanan dan Majlis Ramah Mesra Fersyella One Stop Beauty Centre, di sini.

Jelas Mohd Shahar, menerusi sesi libat urus tersebut ia dapat membantu kementerian merancang peruntukan yang lebih baik khususnya untuk pemerkasaan pengusaha PKS di negara ini.

Tambah beliau, MOF kini berbeza bukan hanya melihat syarikat-syarikat besar, namun sentuhan khusus turut diberi perhatian kepada pengusaha PKS.

Media Baharu