KUALA LUMPUR, 14 Jun- Agensi-agensi agama serta organisasi masjid dan surau diseru untuk hadir ke Pameran Era Pasca-Normal MADANI yang mengetengahkan ciri tonggak utama konsep MADANI.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Zulkifli Hasan berkata pameran berkenaan sesuai dikunjungi semua lapisan masyarakat kerana ia penuh dengan informasi.
"Saya merasakan bukan sahaja daripada peringkat 'policy maker' ataupun 'board policy' tetapi juga pelaksana 'policy' juga perlu datang dan membuka minda mereka untuk memahami tentang realiti dan juga era 'post 'normal yang ada pada hari ini.
"Saya mengajak khususnya kepada jabatan-jabatan agama, kepada masjid dan surau dan semuanya untuk hadir ke pameran ini kerana ianya memberi suatu input dan maklumat yang sangat berharga, untuk kita menangani dan merancang pada masa hadapan ," katanya kepada pemberita di sini.
Pameran yang diadakan di Berjaya Times Square itu dibuka secara percuma kepada orang ramai.
Ia telah bermula sejak 26 Mei lalu dan akan berakhir pada 10 November ini.