fb fb fb fb fb

Pahang tampung baki kos perubatan Muhammad Athif

KUANTAN, 14 Jun- Kerajaan negeri Pahang memberi jaminan akan menanggung baki kos perubatan, Muhammad Athif Fahri Mohd Farhan berusia 16 bulan, yang menghidap penyakit genetik yang jarang berlaku, Atrofi Otot Spina (SMA), jenis 1.

Muhammad Athif memerlukan suntikan ubat jenis genetik Zolgensma bernilai kira-kira RM9.7 juta untuk kembali pulih sepenuhnya.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, "setakat ini lebih RM9.4 juta telah berjaya dikumpul dan memerlukan lagi RM300,000."

Justeru, pihaknya telah meminta Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), untuk menempah ubat Zolgensma, bagi merawat Muhammad Athif dengan kadar segera.

"Saya beri jaminan di sini, sebab itu saya suruh terus pergi, ambik tindakan, pergi berubat dengan segera. Sekiranya jumlah RM300,000 masih belum berjaya dikumpul kerajaan negeri akan tanggung, ini jaminan saya," katanya selepas membuat kunjung ziarah di rumah Athif dan keluarganya di Kuantan, Pahang.

Sebelum ini, kerajaan negeri Pahang menyalurkan sumbangan RM50,000 bagi menampung kos diperlukan Athif.

(Wan Rosdy Wan Ismail)

Media Baharu