Pahang hargai usaha FELDA permudah bekalan utiliti rumah generasi baharu

Foto RTM

KUANTAN, 10 September – Kerajaan Negeri Pahang menghargai usaha FELDA memperkemas proses pengesahan dan permohonan bekalan utiliti bagi rumah generasi baharu FELDA, khususnya melibatkan Rumah Kedua Satu Lot.

RINGKASAN BERITA AI
  • Langkah FELDA memudahkan pengesahan bekalan utiliti membantu generasi kedua yang menghadapi kekangan elektrik dan air.
  • FELDA berbincang dengan TNB dan memberi kuasa kepada Pengarah Wilayah mengesahkan serta menandatangani surat sokongan kemasukan utiliti, tertakluk syarat.
  • Tindakan itu percepat proses, kurangkan birokrasi, harapan agar kerjasama antara FELDA, kerajaan negeri, pihak berkuasa dan agensi utiliti diperkukuh.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam satu kenyataan berkata, langkah itu penting bagi membantu menyelesaikan isu yang sekian lama dihadapi generasi kedua yang telah membina serta menduduki rumah namun masih berdepan kekangan mendapatkan bekalan elektrik dan air.

“FELDA telah mengadakan perbincangan dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi mencari kaedah terbaik untuk memudahkan proses kemasukan bekalan elektrik.

Terbaharu, FELDA turut memberi kuasa kepada Pengarah Wilayah untuk mengesahkan dan menandatangani surat sokongan kemasukan bekalan utiliti, tertakluk kepada syarat dan semakan yang ditetapkan,” jelasnya.

Justeru beliau berkata, langkah berkenaan dilihat sebagai perkembangan positif kerana ia dapat mempercepat urusan rakyat serta mengurangkan kerenah birokrasi, khususnya bagi permohonan yang telah memenuhi segala syarat dan mendapat kelulusan sewajarnya.

Beliau turut berharap kerjasama antara FELDA, Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan dan agensi utiliti terus diperkukuh supaya setiap permohonan yang layak dapat diproses dengan lebih cepat, teratur dan telus.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.