fb fb fb fb fb

Operasi LRA Bukit Pinang terjejas kerana masalah dalaman sistem elektrik SADA

Loji Rawatan Air (LRA), Bukit Pinang

ALOR SETAR, 17 Mac- Henti tugas kecemasan operasi Loji Rawatan Air (LRA), Bukit Pinang pada Sabtu bukan berpunca masalah bekalan elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad, sebaliknya kerana masalah sistem elektrik dalaman Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA).

SADA dalam kenyataan memaklumkan, kerja-kerja di LRA Bukit Pinang dilaksanakan oleh pihaknya sebelum dapat beroperasi sepenuhnya menggunakan bekalan elektrik sementara.

"Gangguan bekalan air di kawasan terjejas akan pulih secara berperingkat dan pihak SADA memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami pengguna di kawasan terlibat," menurut kenyataan itu.

Semalam, SADA mengeluarkan notis henti tugas kecemasan operasi LRA Bukit Pinang yang pada awalnya dikatakan berpunca daripada masalah bekalan elektrik TNB.

Gangguan berkenaan menyebabkan sebanyak 61,153 akaun pengguna di Daerah Kota Setar mengalami gangguan bekalan air.
 

ZEHRA BINTI ZAMBRI