fb fb fb fb fb

Op Selamat ke-22 dilaksana serentak seluruh negara pada 8-13 April

Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri

IPOH, 6 April- Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman melaksanakan Op Selamat ke-22 sempena Hari Raya Aidilfitri serentak di seluruh negara bermula 8 dan 13 April ini.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, seramai 79 orang Pegawai Kanan Polis dan 479 Pegawai Rendah Polis JSPT Perak terlibat dengan penugasan Op Selamat.

Dalam pada itu polis turut melaksanakan Op Lancar bermula 6 dan 7 April ini di sembilan kawasan yang telah dikenal pasti akan berlaku kesesakan kenderaan.

"Fokus Op Lancar ini adalah di semua kawasan yang akan berlaku kesesakan aliran lalu lintas akibat pergerakan pengguna jalan raya nanti.

"Oleh itu untuk kontinjen PDRM Perak seramai 79 Pegawai Kanan dan 476 Pegawai Rendah Polis JSPT Perak terlibat dengan penugasan sepanjang Op Selamat 22 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini," katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Op Selamat 22 Aidilfitri di Plaza Tol Ipoh Selatan, di sini.

Berdasarkan statistik Op Selamat 20, kira-kira 1,156 kes kemalangan direkodkan dan 12 daripada angka itu merupakan kemalangan maut.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI