
TUMPAT, 10 Julai – Dua lelaki warga Bangladesh dipercayai membayar RM10,000 kepada ejen yang menguruskan kemasukan mereka ke negara ini sebelum ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pantai Geting, semalam.
- Kedua-dua suspek gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.
- Mereka mengaku memasuki Malaysia melalui Padang Besar dan bekerja sebagai buruh di Kuala Lumpur serta Kelantan selama dua tahun setiap satu.
- Kes diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah D9 (BSJD) IPD Tumpat dan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Kedua-dua suspek berusia 45 dan 42 tahun itu Kelantan kira-kira pukul 9.15 malam selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan.
Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner (SAC) Ahmad Radzi Hussain mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.
“Mereka disyaki memasuki Malaysia melalui laluan yang tidak diwartakan selepas mengaku memasuki Malaysia melalui Padang Besar, Perlis.
“Kedua-dua suspek turut mengaku pernah bekerja sebagai buruh di Kuala Lumpur selama dua tahun sebelum berpindah dan bekerja di Kelantan untuk tempoh dua tahun,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Kedua-dua suspek telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah D9 (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.