SITIAWAN, 11 Mei - 40 orang warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak dan Putrajaya menerusi OPS GEGAR ke atas dua pusat hiburan dan urut sekitar Sitiawan, awal pagi tadi.
Penahanan melibatkan 33 orang wanita dan lima lelaki terdiri daripada warganegara Vietnam, Indonesia, Myanmar, China dan Thailand.
Turut ditahan dua lelaki warganegara tempatan dipercayai penjaga premis.
Pengarah Imigresen Perak, Meor Hezbullah Meor Abd Malik memaklumkan, mereka yang ditahan berusia antara 25 hingga 35 tahun.
"Lesen pusat hiburan masih sah cuma kita akan lihat sama ada pusat hiburan itu memenuhi syarat ditetapkan atau tidak oleh PBT sebab pusat hiburan ada syarat akan buat siasatan lanjut", katanya di sini.
Kesemua mereka ditahan di Depot Imigresen Ipoh untuk tindakan lanjut.