fb fb fb fb fb

Naikkan harga barang, peniaga berdepan tindakan tegas

TAMPIN, 21 Oktober- Tindakan tegas akan dikenakan terhadap peniaga yang menaikkan harga barangan terutamanya barang kawalan.

Menurut Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S. Veerapan, kebanyakan peniaga mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang terutamanya ketika musim perayaan.  

Justeru, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan sentiasa melaksana pemantauan serta pemeriksaan di lapangan bagi memastikan peniaga patuh terhadap harga barangan kawalan.

"Kalau ada kenaikan harga barangan contohnya ayam atau harga telur boleh buat aduan kepada KPDNHEP Negeri Sembilan supaya kita boleh membuat pemantauan dan jika ada kenaikan kita akan ambil tindakan terhadap peniaga-peniaga yang menaikkan harga. Kita ada penguat kuasa seramai 100 orang di lapangan yang sentiasa membuat pemantauan dan pemeriksaan terhadap barang kawalan," katanya ketika ditemui pada Sesi Walkabout Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2022, di sini.

(Foto fail)

Sebanyak lapan jenis barangan disenaraikan sebagai harga terkawal bagi pelaksanaan SHMMP Deepavali 2022 yang bermula semalam sehingga 26 Oktober ini.

Media Baharu