fb fb fb fb fb

Nahas babitkan lima pelajar rentung, pemandu treler didakwa di mahkamah Selasa depan

IPOH, 14 Mei - Pemandu treler muatan besi yang terbabit dalam nahas yang mengorbankan lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dijangka didakwa di mahkamah Selasa depan.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Baktiar Yaacob berkata, ia bagaimanapun bergantung kepada keputusan Timbalan Pendakwa Raya memandangkan kertas siasatan kes akan diserahkan pada hari sama.

Jelasnya, sekiranya Timbalan Pendakwa Raya berpuas hati dengan kertas siasatan, suspek akan dituduh pada petang itu juga.

Dalam pada itu, pihaknya akan membawa suspek ke Mahkamah Majistret Kuala Kangsar esok bagi tujuan permohonan sambungan reman.

Pemandu treler berusia 28 tahun itu sebelum ini direman empat hari bermula Khamis hingga Ahad bagi membolehkan siasatan dijalankan dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 


(Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Baktiar Yaacob)

Media Baharu