fb fb fb fb fb

MyIsytihar beri kemudahan kepada nelayan

(Aplikasi MyIsytihar yang dilancarkan hari ini)

SERDANG, 10 Ogos- Aplikasi MyIsytihar yang dilancarkan hari ini memudahkan para nelayan untuk membuat pengisytiharan sendiri menggunakan telefon pintar tanpa terikat dengan waktu operasi Pusat Pengisytiharan dan Pendaratan Ikan Lembaga Kemajuan lkan Malaysia (LKIM).

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, aplikasi itu akan mempercepatkan proses pengisytiharan serta membantu pengumpulan data kerajaan berkenaan maklumat tangkapan ikan dengan lebih tepat.

"Program ini membantu dua pihak. Yang pertama ialah pihak nelayan itu sendiri atau pemilik bot disemua peringkat sama ada di zon A, zon B, zon C. Ia akan mengisytiharkan tangkapan ikan yang berjaya ditangkap.


(Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh)

"Pengisytiharan ini lebih pantas, lebih cepat berbanding dengan sebelum ini. Sebelum ini kita ada sistem manual, tapi manual ini akan mengambil masa, kadang berlaku masalah teknikal dan sebagainya.

"Jadi Myisytihar ini memberi kemudahan kepada pengusaha nelayan di laut", katanya kepada media selepas pelancaran Aplikasi MyIsytihar Lembaga Kemajuan lkan Malaysia (LKIM) sempena penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di MAEPS, Serdang.

Tambahnya, aplikasi tersebut juga akan memastikan segala anugerah yang diberikan kerajaan termasuk subsidi untuk nelayan diterima sebaik mungkin supaya nelayan akan memperoleh hasil lebih baik.

Aplikasi itu mempunyai integrasi data dan sistem e-pengisytiharan sedia ada iaitu pengguna sistem tersebut boleh mengakses maklumat berkaitan MyIsytihar LKIM di dalam aplikasi itu.

Media Baharu