KUALA LUMPUR, 18 Mac- Mekanisme pemilihan pelajar lebih ketat antara cadangan penambahbaikan program MyBrain 2.0.
Pemilihan merangkumi tiga peringkat iaitu saringan kelayakan akademik, ujian psikometrik dan temu duga.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir menjelaskan, pendekatan itu bukan sahaja membolehkan pemilihan calon dilakukan secara lebih telus, malah dapat menghasilkan graduan yang lebih berkualiti.
"Antara instrumen penting di bawah program MyBrain 2.0 adalah untuk meningkatkan bilangan pemegang ijazah lanjutan dalam negara daripada kalangan orang awam yang tidak bekerja atau tidak berpendapatan tetap serta pensyarah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) bagi memenuhi keperluan modal insan intelektual", katanya di Dewan Negara.
Beliau menjawab pertanyaan senator Datuk Wira Dr Mohd Hatta Md Ramli.