fb fb fb fb fb

MUIP agih zakat RM31.8 juta kepada sektor pendidikan

Foto Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)

KUANTAN, 20 Disember- Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) mengagihkan zakat berjumlah RM31.8 juta kepada sektor pendidikan di Pahang membabitkan beberapa skim bantuan, sehingga November.

Jumlah tersebut termasuk RM4.7 juta yang diagihkan kepada 43 institusi pendidikan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, Datuk Ahmad Hairi Hussain berkata, daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak RM18 juta di bawah skim bantuan dermasiswa diagihkan kepada 16,538 penerima.

Sebanyak RM9.2 juta di bawah skim bantuan awal ke institusi pengajian tinggi diagihkan kepada 9,940 penerima.

Sementara, RM2.6 juta di bawah sumbangan baik pulih, selenggara dan naik taraf bangunan kelas dan peralatan di sekolah agama rakyat negeri Pahang.

Manakala, sumbangan selenggara dan naik taraf surau-surau sekolah serta program keagamaan di sekolah rendah dan menengah kebangsaan dengan agihan sebanyak RM1.3 juta.

Bagi skim sumbangan am kepada maahad tahfiz dan pondok adalah sebanyak RM743,000.

"Alhamdulillah pada hari ini kita dapat menyampaikan bantuan agihan zakat kepada sebahagian institusi pendidikan dan bantuan pada hari ini melibatkan RM4.7 juta yang melibatkan 43 buah institusi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Agihan Zakat Kepada Institusi Pendidikan Negeri Pahang di Kuantan.

Secara keseluruhan, sehingga pertengah Disember tahun ini, sebanyak RM200 telah diagihkan kepada 52 jenis Skim Agihan Bantuan Zakat kepada golongan asnaf.
 
Antaranya ialah Program Bantuan Kepada Fakir Dan Miskin, Program Pembangunan Asnaf, Program Dakwah Dan Pembangunan Muallaf, Program Pembangunan Surau Dan masjid dan lain-lain.

ROSLINA BINTI DIN