MTEN nafi diesel 329,000 tong dibekalkan dari Malaysia ke Filipina

Foto hiasan/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 11 April- Kerajaan mengambil maklum laporan media Filipina berhubung penghantaran sebanyak 329,000 tong diesel yang didakwa dari Malaysia.

RINGKASAN BERITA AI
  • MTEN mengesahkan semakan awal bahawa diesel berkenaan bukan berasal dari Malaysia.
  • Penjelasan dikeluarkan susulan laporan antarabangsa yang mengaitkan Malaysia sebagai sumber bekalan.
  • Kerajaan menegaskan maklumat tular perlu diteliti dengan berhati-hati untuk mengelakkan kekeliruan masyarakat.
  • Orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi dan dirujuk kepada sumber rasmi kerajaan untuk maklumat tepat.

Menurut Pasukan Pengurusan Krisis, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dalam satu kenyataan, semakan awal yang dijalankan mengesahkan bahawa diesel berkenaan bukan berasal dari Malaysia.

Penjelasan itu dibuat susulan laporan media antarabangsa yang mengaitkan Malaysia sebagai sumber bekalan diesel berkenaan.

Sehubungan itu, kerajaan menegaskan bahawa maklumat yang tular perlu diteliti dengan berhati-hati bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Orang ramai turut dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara tersebut.

Sebaliknya, masyarakat digesa merujuk kepada sumber rasmi kerajaan bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih.