fb fb fb fb fb

MotoGP :Quartararo kekal bersama Yamaha 2026

Pelumba MotoGP, Fabio Quartararo sambung kontrak dengan Yamaha bagi tempoh dua tahun/Foto FB MMM Garage

JEREZ, 6 April- Fabio Quartararo kekal bersama motosikal Yamaha sehingga 2026.

Yamaha Motor Company mengumumkan, bekas juara MotoGP itu menandatangani lanjutan kontrak selama dua tahun lagi.

Quartararo memenangi kejuaraan MotoGP bersama Yamaha pada 2021 selepas menyertai pasukan kilang itu bagi menggantikan Valentino Rossi.

Namun, pelumba berusia 24 tahun itu seakan bergelut untuk mengungguli kejuaraan apabila Ducati mendominasi kelas perdana dengan jentera lebih ampuh.

Pada 2022, Quartararo ketinggalan 91 mata di belakang juara Francesco Bagnaia daripada Ducati.

Manakala tahun lalu, pelumba Perancis itu hanya meraih 3 podium, selain menduduki 10 tangga terakhir sepanjang musim.

Sebelum ini, spekulasi Quartararo mahu beralih arah, dengan kontrak yang sepatutnya berakhir penghujung musim 2024, diburukkan lagi dengan kekecewaan berlarutan.

Begitu pun, tuah masih berpihak kepadanya, dengan lanjutan kontrak bersama Yamaha.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD