fb fb fb fb fb

MOSTI komited laksana pelbagai inisiatif teraju inovasi STI

NILAI, 28 Oktober- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) komited melaksanakan pelbagai inisiatif dalam usaha melahirkan lebih ramai penyelidik dalam sektor industri bagi menerajui inovasi berteraskan Sains Teknologi dan Inovasi (STI) di negara ini.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang, Young Scientist Network- Akademi Sains Malaysia (YSN- ASM) antara yang memainkan peranan penting untuk menggalakkan para saintis muda memulakan penyelidikan dalam sektor industri.

"Memang kebanyakan penyelidik ramai di universiti atau agensi kerajaan, jadi ini tidak mencukupi, sebab tu YSN-ASM ini boleh memainkan peranan yang penting terutamanya dalam menggalakkan saintis muda ataupun generasi akan datang dan pelajar sains untuk melibatkan diri ataupun menceburi dalam bidang industri ini sama ada mereka kolaborasi atau pun mereka wujudkan, spin of company," katanya ketika ditemui media pada sesi Dialog Bersama YSN-ASM 2023 di sini.

Dalam pada itu, penganjuran kolokium dan sesi dialog bersama golongan saintis muda perlu dilaksanakan secara berkala kerana ia merupakan platform terbaik untuk menerima maklum balas serta idea bernas yang menyumbang kepada kemajuan STI.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM