fb fb fb fb fb

MITI optimis Malaysia ada bakat yang mencukupi, penuhi keperluan industri

Tengku Datuk Seri Zafrul ditemui media pada Program Kecemerlangan Perintis Menteri-Menteri: Mencipta Sebuah Bakat Ekonomi-Dasar dan Amalan Kerajaan

KUALA LUMPUR, 27 Jun- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri MITI optimis Malaysia dapat melahirkan bakat dalam memenuhi keperluan sektor industri mengikut masa yang diperlukan.

Menurut Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, keyakinan itu berdasarkan kekerapan proses libat urus pihak kementerian yang terlibat bersama pihak industri.

"Pengumuman-pengumuman pelaburan ini pun akan memakan masa dua atau tiga tahun, kita ada masa untuk melatih jurutera-jurutera kita pada masa yang sama yang penting ialah kita perlu tangkas dan dinamik dalam polisi kita,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Program Kecemerlangan Perintis Menteri-Menteri: Mencipta Sebuah Bakat Ekonomi-Dasar dan Amalan Kerajaan.

Dalam program tersebut beliau turut memberitahu, Malaysia mempunyai cabaran daripada segi mendapatkan tenaga kerja yang sesuai khususnya berkaitan dengan kejuruteraan.

Bagi menangani cabaran tersebut, kementerian dan agensi terlibat perlu mempunyai pengurusan modal insan yang tepat bagi melahirkan bakat yang boleh memenuhi keperluan industri.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE