fb fb fb fb fb

Mesej tular dakwa AS kenakan sekatan ke atas Malaysia palsu - Fahmi

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 11 Mei- Mesej tular yang mendakwa Malaysia negara ASEAN pertama dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat adalah palsu, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata pengesahan mengenai mesej palsu itu diterimanya daripada Kedutaan Amerika Syarikat, selain penafian oleh pihak Reuters sendiri.

"Berdasarkan penafian Reuters Press Team di X (sebelum ini dikenali Twitter) dan pengesahan yang saya terima dari pihak Kedutaan Amerika Syarikat, saya sahkan bahawa mesej tular itu adalah palsu," katanya menerusi media sosialnya hari ini.

Terdahulu Reuters mengesahkan tidak melaporkan artikel berita itu yang disebar luas terutama menerusi aplikasi WhatsApp.

“Sebarang dakwaan yang mengatakan Reuters melaporkan bahawa Malaysia adalah negara pertama di Asia Tenggara yang akan disenaraikan oleh Amerika Syarikat sebagai negara yang menaja keganasan, adalah palsu,” menurut agensi berita berkenaan menerusi platform X.- BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM