fb fb fb fb fb

Menteri Besar Perlis jamin salur bantuan tanpa kira kaum dan agama

(Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli ketika menyampaikan ucapan pada
Majlis Sumbangan Tahun Baharu Cina di Pusat Transformasi Bandar, Kangar)

KANGAR, 20 Januari- Seramai 200 masyarakat Tionghua seluruh Perlis terpilih menerima sumbangan sempena Tahun Baharu Cina kali ini.

Setiap penerima menerima sumbangan 'angpau' dan barangan makanan yang diharap membolehkan golongan tersebut menyambut perayaan tersebut Ahad ini dengan lebih ceria.

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli dalam ucapannya turut berharap kehadiran tahun Arnab kali ini, masyarakat Cina mendapat kemakmuran dan kebahagiaan diri dan keluarga.

Mohd Shukri turut memberi jaminan kerajaan negeri akan terus menyalurkan bantuan kepada penerima yang layak tanpa mengira kaum dan agama bagi setiap perayaan yang disambut.

Beliau ditemui pada Majlis Sumbangan Tahun Baharu Cina di Pusat Transformasi Bandar, Kangar.

Turut hadir, ADUN Indera Kayangan, Gan Ay Ling dan exco-exco kerajaan negeri.

Majlis dianjurkan kerajaan negeri, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPS), Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kangar dan Pusat Khidmat DUN Indera Kayangan.


(Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli menyampaikan sumbangan Tahun Baharu Cina)

Media Baharu